بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العا لمين الرحمن الرحيم ما لك يوم الدين والصلاة والسلام على محمد المبعوث رحمة للعالمين وعلى اله وصحبه والسائرين على دربه الى يوم الدين

Kenal TUHAN Melalui Sifat-sifatnya

Monday, April 6, 2009

Suatu kata2 yg terpakai dalam kalangan ahli tasawuf:

"Barangsiapa mengenal akan dirinya, nescaya kenallah dia akan Tuhannya."

Sebutan ini sangatlah menjadi buah tutur bagi kaum sufi(ahli tasawuf). Maka Imam Ibnul Qayyim, menyatakan tafsiran ucapan ini kepada 3 perkara:

  1. Mengenal kita akan segenap sifat2 kelemahan yang ada pada diri kta, maka insaflah kita akan kekuatan yg ada pada Tuhan. Insaflah kita akan kemiskinan, tahulah kita akan kekayaan-Nya Tuhan. Insaf kita akan hidup kita menjelang mati, maka kenallah kita bahawa Tuhanlah yg tidak pernah akan mati2. Insaf kita akn terbatasnya kesanggupan kita, maka kenallah kita akan maha luasnya kekuasaan Ilahi. Inilah yg dinamakn makrifat dgn jalan perbandingan.
  2. Mengenal Tuhan dgan menilik sifat-sifatnya yg ada pula dianugerahkan-Nya kpd kita. Sedangkan kita lagi melihat, kononlah Tuhan. Sedangkan kita lagi mendengar, kononlah Tuhan. Sedangkan kita lagi tahu akan yg adil dan mana yg curang, kononlah Tuhan. Inilah makrifat dgn mengenal nikmat-Nya.
  3. Mengenal Tuhan merenung siapakah diri kita. Siapa sebenarnya diri kita ini? Siapa yang "Aku"? Apa nyawa ini, apakah akal ini? Dari mana kita datang dahulunya? Di atas kehendak siapa maka kita sampai ada di dunia ini? Dan mengapa akhirnya kita mati?
Maka soal2 di keliling jiwa, nyawa, roh, nafs, "Aku", lahir dan hidup, hidup dan mati, semuanya adalah soal2 rahsia yg ada dri keliling kita, yg sulit buat memecahkannya.

Inilah dia yg dikatakan makrifat, yg menjadi intisari dari segala ilmu, segala falsafah dan pandangan hidup.

Inilah maksud ucapan:"Siapa mengenal dirinya, nescaya kenal akan Tuhannya." Jadi bukanlah bererti, sebagaiman diertikan oleh segolongan ahli tasawuf, bahawa diri itulah Tuhan.

Maka diberi pula kita tuntutan oleh Rasulullah s.a.w.:
"Tiliklah olehmu akan sifat2 Tuhan dan tidak usah kamu hendak menilik zat Tuhan; nescaya akan binasa kamu kelak."

0 comments:

اللهم امين. واخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

Semoga diampuni dan dijauhkan dari dosa2 sepanjang penulisan ini. Ambil yang jernih dan baikilah yang keruh itu.

Sedikit Coretan

Anda tahu apa yang saya tidak tahu,
Tapi mungkin, saya tahu apa yang anda tidak tahu.

So, mari berdiskusi!!

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP