بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العا لمين الرحمن الرحيم ما لك يوم الدين والصلاة والسلام على محمد المبعوث رحمة للعالمين وعلى اله وصحبه والسائرين على دربه الى يوم الدين

NO EXCEPTION!!!

Saturday, April 4, 2009


Kita(pelajar-pelajar) yang sedang berada di universiti-universiti dan fakulti-fakulti terutamanya tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh membezakan di antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya, tidak kira apa jua bidang yang diambilnya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak. Semua itu teserah kepada diri kita tersendiri. Segala kerumitan masalah bagaimana ingin menegakkan agama dan negara Islam bukanlah menjadi beban PAS atau ulama’ semata-mata, bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar seperti kita juga. Kita adalah muda-muda belaka, mempunyai semangat yang melangit tingginya dan penuh dengan perasaan untuk memberontak. Kita hendaklah menyedari secara sungguh-sungguh bahawa kita adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam. Hal ini memastikan diri kita bersemarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati kita dan apakah sifat-sifat nyata yang membezakanumat Islam, iaitu sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam.

Beberapa perkara yang harus kita titik beratkan untuk bangun bekerja dengan sungguh-sungguh dalam situasi yang berlaku sekarang :

1. Pertama kali kita hendaklah mengenali hakikat Islam dengan secara terperinci, agar kita semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar kita benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya kita mendapat sebesar-besarhabuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalamkelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan dan da’wah di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam.


2. Kita semua mesti segera memperbetulkan budipekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga kita dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau.
Firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )


3. Janganlah kita merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang kita mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada kita untuk berda’wah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan. Kita perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.


4. Hendaklah kita gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan da’wah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan kita. Hendaklah kita menyusun orang-orang yang ada dalam kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah barisan kita.
Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin, kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas.


5. Begitu juga kita mesti bekerja keras menyebar da’wah dalam kalangan orang-orang awam hingga kita boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Kita jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.

Demikian juga kita mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka, meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di negara-negara Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah rosak.


6. Jangan kita cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang. Kita mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang. Kita pasti menghayun langkah ke depan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan kita terlalu cepat menghayun langkah baru sebelum kita mengulangi hasil langkahan kita dahulu serta menganalisa natijahnya :
Contohnya - kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita(Islam) - Harapan kita menyertai di dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati kepada tujuan-tujuan kita. Tetapi itu adalah perkara yang kemungkinan salah kerana apa yang dapat dilihat membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan kepentingan dan nafsu mereka. Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi saksofon dan alat mainan
di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.

0 comments:

اللهم امين. واخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

Semoga diampuni dan dijauhkan dari dosa2 sepanjang penulisan ini. Ambil yang jernih dan baikilah yang keruh itu.

Sedikit Coretan

Anda tahu apa yang saya tidak tahu,
Tapi mungkin, saya tahu apa yang anda tidak tahu.

So, mari berdiskusi!!

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP